Friday 14 September 2012

Drama Melayu vs Sinetron vs Philipine Drama vs Korean Drama vs Us Drama vs Telenovela

Hello.. emma come back... huhu...hari ni emma nak tulis tajuk pasal perbezaan antara drama Melayu vs Sinetron vs Philipine drama vs Korea drama vs Us drama vs Telenovela ... tetiba je Emma nak tulis pasal benda alah nie bcoz Emma suka tengok keenam-enam drama trsebut... so that Emma boleh buat prbandingan diantara drama-drama kite dengan drama2 kat luar sana... so make it short ...emma akan list kan perbezaan keenam-enam drama tersebut :)

Drama Melayu :

As we all know ,drama Melayu always letak muka yang same je.. asyik2 la  muka orang yang sama berlakon...kalau tukar channel tv x kira la  tv1 ,tv2 ,tv3 ,tv9, astro ke mesti muke yang sama berlakon  ..come on lah bagi la bakat2 baru jadi pelakon..asyik pelakon yang lama pegang watak utama (perasan handsome/cantik padahal dah tua) sebab tu Emma x berapa nak layan drama melayu nie..atas sebab pelakon yang kureng dan dah basi..sorry to say...  Plot drama Melayu  x habis2 pasal syarikat korporat ,projek berjuta-juta , watak  dato datin ,tan sri dan puan sri mmg x yah ckp la mesti ada punya  , mak cik2  mengumpat depan kedai runcit (paling banyak scene mak cik2 bergosip dgn jiran tetangga ),kahwin dijodohkan dengan  keluarga , mula-mula benci la pastu sayang (plot yg dah boleh agak) then, scene mak datin membeli belah dengan anak die ..masing2 nak show off baju dorang yg glamor tu !yang pelakon perempuan  mesti make up tebal2 sampai jadi orang kampung pon still bermake-up tebal2  mengalahkan orang bandar  ..then ,paling menyampah pasal mat2 rempit  ( cite x membangun lgsong) ....rampas suami orang,boyfriend orang ni dah biasa dalam drama melayu   ..paling mnyampah scene bajet pakai topi kuning atas kepala lawat tapak projek sambil ckp dengan fon (mostly scene dalam drama melayu)  .Especially  slot samarinda x habis2 pasal dunia korporat  !Watak dato tan sri ni  x habis2  c jalaludin hassan yg sapu. eiii ntah pape ntah . Pape pon drama Melayu tetap ad nilai2 murni,agama ,adat tradisi n hubungan kekeluargaan.

Then we go to Sinetron


Sinetron :

 Sebut pasal sinetron mesti teringat pelakon-pelakon die yang cantik ,berkulit putih ,kalau hero nak muka handsome2 je..tapi seriously pelakon dorang bukan berdarah pure pon..semuanya kacukan... nak bandingkan drama Melayu dengan Sinetron..Drama Melayu lebih kepada hero yang pure malay n x muka kacukan..so dari situ kita boleh lihat originality seseorang pelakon tu..berbalik kepada Sinetron... kalau boleh episod nak bagi beribu-ribu episod...agak-agaknya nak cerita pasal Hero dan Heroin tu dari muda hingga lah dia dah dapat anak ,cucu ,cicit pastu masuk kubur la kot...awal--awal time tengok sinetron kemaen la excited nak tengok tapi bila dah pertengahan jalan cerita..puih ..! mcm haramm... cerita die dah start merapu ,merepek ,meleret-meleret n x faham apa lah director indon tu cuba nak sampaikan ! kalau plot drama Sinetron x habis2 pasal perebutan harta warisan ,mak tiri atau ibu saudara yang teramat jahat sampai nak je ludah muka pelakon yang bawak watak tu , pastu mesti ada teknik zoom muka.. kalau  zoom muka pelakon tu nak2  time pelakon tu tengah buat memek muka minta penyepak ...heroin yang sangat  baik, innocence ,cepat menangis (terlampau la lembik) dan terlampau lurus bendul tahap mangkuk jamban ... dah mati boleh hidup balik (cerita paling merepek ,bodoh dan x masuk akal lgsong ) , kena culik pastu hilang ingatan ,koma terlantar kat katil hospital  ( scene paling wajib dalam cerita indon ) ,watak penjahat asyik terlepas even dah trang-trang kantoi depan mata . Pastu ada scene orang jahat boleh masuk hospital sesuka hati dia  boleh pula jadi  tukang tolak troli pesakit   n  menyamar jadi Nurse sebab nak bunuh Hero/Heroin atau saudara mara berkaitan dengan si Hero n Heroin tu .Paling tak boleh bla scene nak tukar Test DNA . (Ajaib betul boleh sebegitu senang nak ceroboh bilik test DNA. Tak de kawalan security n cctv ke apa !Scene Paling Mengarut dan Tak Masuk Dek Akal )  .Kalau nak bongkarkan kejahatan watak2 penjahat tu memerlukan beratus-ratus episod baru lah watak jahat tu mati watak die ,  kalau dulu miskin tetiba tahu rupa-rupa anak orang kaya , tertukar anak (merupakan perkara biasa dalam sinetron indon)  , mesti ada hero baru dan heroin lain yang akan muncul (entah mana datang tetiba je muncul ) makin bertambah serabut la cerita indon nie..that's why emma x pernah habis kalau tengok sinetron indon ..sangat2 lah boring dan menyakitkan hati...!

Philipine Drama :
Emma suka tengok Philipine drama bcoz cerita dia memang super romantik esp Sanay Wala nang Wangkas lakonan Jericho dan Kirsten Hermosa dan Endless Love yang dibintangi Marian Rivera dan Dindong Dantes.....sejak Astro Bella ada... Emma selalu gak tengok drama philipine kt channel tu... Cerita Philipine nie kalau x de scene tembak menembak mmg x sah...pastu mesti ada group penculik yang diupah oleh bos dorang untuk bunuh si mangsa...yang mangsa tu mesti la watak utama heroin... Pastu dalam cerita philipine mesti paparkan golongan kaya dengan golongan miskin..Contohnya ,A anak kepada golongan kaya jatuh cinta terhadap B anak golongan miskin.. Dorang bercinta dan mendapat tentangan daripada keluarga dorang... Pastu mesti keluarga B ada kaitan dengan keluarga si A... contohnya , mak kepada si B pernah bercinta dengan ayah si A pada masa dulu....seperti kisah silam mak bapak si A dan B nie la pada zaman muda-muda dulu.... then ,tengok2 anak dorang bercinta...mak si A nie mesti tentang habis-habisan hubungan anak die dengan si miskin B nie..mesti ada scene bunuh-membunuh ,culik menculik dalam cerita Philipine..Pape pon cerita Philipine still best nak dibandingkan dengan Sinetron yang merapu ntah pape tu...

Korea Drama:
Annyeonghaseyo :D ! korang mesti gila kan Kpop dan Kdrama kan..kan sekarang musim  demam Kpop dan Kdrama kt seluruh negara nie... budak-budak, remaja n sampai la  mak cik dan pak cik ! semuanya tahu pasal kpop yang tengah hangat dan meletop kt negara kite...huhuhu...Emma dulu mmg dah lama layan korea... cerita time emma kecik yang pernah emma tengok ade lah Winter Sonata..cerita tu mmg famous kt sini sampai ada yang sanggup pergi Nami island semata-semata nak tengok set drama tu kt situ...Emma nak cerita pasal  drama korea berbanding drama2 yang Emma dah sebut kat atas... Drama korea mesti hero dia muka handsome dan jambu-jambu kalau heroin mesti nak yang cute2 dan pandai buat memek muka... kalau drama korea mesti ada scene kereta sport kejar mengejar n mesti dipandu oleh si hero ..mesti korang akan menjerit terkena histeria bila tengok muka hero tu pandu kereta sport car...kalau watak si heroin nie mest budak miskin ,kelam kabut ,gelabah dan selamba... Cerita korea selalunya  mesti watak hero dan heroin bergaduh pada mulanya  pastu mula la terbit rasa suka diantara dorang.. yang si heroin confirm pada awal menyampah dengan si hero yang belagak bagus ,sombong dan cerewet..namun cerita korea nie kalau scene gaduh nampak cute sangat2... maybe drama korea mmg mcm tu...mesti nak nampak cute all the time.. kalau drama korea mesti ada watak hero kedua yang mesti jadi penyelamat & peneman watak yang si heroin nie..watak yang hero kedua mesti lah baik dan sentiasa cool je...tapi paling kesian watak hero kedua ni walau macam mana baik  pon die ,watak hero kedua tu tetap x dipilih oleh si heroin utama..kesian kesian... kalau drama korea nie mesti nak ada scene pelajar high school dengan uniform sekolah dorang yang menarik tu...muke pelakon mesti nak jambu2 je pakai uniform sekolah.. watak si heroin dalam drama tu mesti kena buli dengan pelajar2 hot pastu tanpa di duga pelajar2 hot tu jatuh cinta kat gadis biasa ni...itu normally berlaku dalam cerita korea.. Kalau drama korea yang ala-ala jiwang ,cintan cintun nie mesti ada salah 1 watak hero dan heroin yang menghidap penyakit kronik...kononya nak bangkitkan mood sedih nak bagi orang mengeluarkan air mata...paling best drama korea nie soundtrack drama dorang  mmg best dan kalau dalam scene drama korea mesti lagu2 soundtrack dimainkan...sebab tu Emma suka tengok drama Korea... lagu soundtrack dorang mainkan tu kena pula dengan situasi...pape pon drama korea mmg best...

Us Drama 
Drama Amerika selalunya pasal crime ,forensic ,relationship family,friends dan lovers..tapi drama US terlampau serius dan tidak mengentengahkan elemen-elemen cinta...drama us kurang babak2 romantik nie...semua nye pasal pergaduhan & fighting-fighting je...kalau cinta je mesti scene kissing dengan melakukan hubungan... pastu drama us x de ending...mesti ada siri yang akan bersambung macam season 1 hinggalah seasons ke 8..macam drama Smallville , Grey Anatomy ,Jane By Design ,Desperate Housewive,Friends with benefits CSI, Bones and more....kalau nak tengok drama yang serius dan lebih kepada action ,Emma prefer US drama la...

Telenovela :
 
Suatu masa dulu ,telenovela memang terkenal kt malaysia..mak cik2 kat rumah tu mesti layan telenovela..emma ingat lagi time cuti sekolah duduk kat kampung...nenek Emma kemaen la layan telenovela..huhu..tapi sekarang ramai yang kurang layan telenovela...x tahu la kenapa? kalau sebot pasal telenovela mesti terigatkan heroin yang cantik dan sangatlah seksi..kalau pakaian dorang dalam telenovela tu mcm x cukup kain... Kalau hero mesti ada scene x pakai baju ..konon nak tunjuk body dorang yang mantap tu la ! telenovela  memang la teramat  lama..nak tunggu setahun setengah barulah nak habis bcoz banyak sangat episod... Kalau telenovela mesti berkisar tentang hubungan cinta diantara hero dengan heroin n confirm ada halangan ,pastu ada watak perempuan jahat yang merupakan tunang kepada si hero tu atau bekas kekasih si hero , si heroin masuk penjara atas kesalahan yang dia tidak buat , pastu pertengahan cerita mula merapu bila si hero dipaksa kahwin dengan perempuan yang tidak disukainya ,si heroin makan hati sebab tahu kekasihnya berkahwin dengan orang lain , si hero x jadi berkahwin ,muncul hero baru yang kedua cuba rapat dengan si heroin ,berlaku cemburu mencemburui ,hati si heroin still sayang kt hero pertama tapi bersama dengan hero kedua..what the fish????pastu mula la meleret2 sebab episod terlampau panjang...ending yang boleh diagak si heroin tetap berkahwin dnegan hero yang pertama even banyak dugaan & halangan dalam hubungan dorang...buang masa je tengok drama mcm tu...last2 dorang kahwin juga...so boring...

So tu la pendapat aq pasal drama kite dengan drama2 luar...ada perbezaan kan ?so aq listkan drama yang aq rasa ok dan x ok....

1) Korea Drama = Drama korea  sentiasa menarik perhatian orang nak tengok, episod x panjang lebar ,cerita pon sweet & kelakar
2) Us Drama=  Drama yang penuh dengan action dan membuatkan kita banyak berfikir
3) Philipine Drama=  Kisah romantik yang super awesome dan penuh dengan elemen suspens
4) Malay Drama= Drama storyline yg agak perlahan ,asyik2 plot yang sama ,ending orang boleh agak
5) Sinetron= Memerlukan kesabaran untuk menontonnya ,storyline hampeh & mengarut
6) Telenovela= episod panjang sangat....!  penuh dengan unsur2 yang tak sesuai untuk tatapan umum...boring tengok drama yang beratus-ratus episod ni...

The End...